Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Ibu Saya

Tadi aku urut/picit tangan mak aku, sapu-sapu minyak sikit. Maklumlah orang tua, tangan pun dah lenguh-lenguh kan. Masa aku khusyuk memicit-micit tangan mak aku tu, baru aku perasan yang warna kulit tangan kami sama (mak aku berkulit sawo matang). Kawan-kawan, janganlah bandingkan warna kulit tangan aku dengan muka aku yang agak sedikit gelap daripada anggota badan aku yang lain ye. Memang kulit muka aku dah agak 'ireng' dek terlalu aktif berko-kurikulum di sekolah dahulu dan alpa tentang penjagaannya. Kaki, tangan dan badanku lebih digemari warnanya. Berbalik kepada tangan kami. Warna dah sama, sawo matang (aku suka!), tapi tangan tua mak aku dah agak berkedut-kedut dan urat yang berwarna hijau pun berkelihatan. Tangan aku pun nampak urat juga, tapi kulit tak sebegitu, masih tegang dan lembut lagi. Kuku tua mak aku dah nampak sedikit keras berbanding kuku aku yang masih berkilat digilap dan cantik terbentuk. Aku picit dan picit, urut sikit-sikit sambil melumurkan minyak angin (aku memang dari kecil pandai mengurut, kata mak aku. Tapi bila dah besar ni malas pula. Jahatnye aku dah besar-besar ni). Setiap kali aku picit tangan mak aku, matlamat aku ialah supaya nanti jari jemari boleh diregangkan dan berbunyi detakan tulang jemarinya. Tapi kali ni kurang bunyi pulak.

Kesian, mak aku dah tua. Panggillah beliau Cik Yah ye. Nama beliau Shamsiah Muhamad. 'Shamsun' bermaksud matahari. Padanlah dengan peranan beliau dalam hidup aku sekeluarga. Rumah akan rase sunyi dan tak berseri kalau mak aku keluar out station ke waktu beliau bekerja dulu, keluar ke kedai ke, mahupun ke belakang rumah melawat nenek.

Mak aku seorang yang tabah. Pada aku, beliau boleh digelar 'Wonder Woman' atau 'Bionic Woman'. Beliau sangat hebat di mata aku. Aku agak berbangga sebab rupa aku ada sikit-sikit iras mak aku. Tapi mestilah mak aku lagi cantik dari aku. Maksud aku, ada dalam beberapa gambar aku, aku dapat tengok persamaan wajah kami dari sudut-sudut tertentu. Paling ketara ialah dari atas, di mana waktu itu ialah ketika kenduri khatam al-Quran. Gambar aku tunduk mengaji ada iras mak aku (lensa dari depan yang menampakkan batang hidung dan kening aku sahaja). Aku pun tak tau nak jelaskan dari sudut mana tapi aku tau aku ada iras beliau di situ. Aku suka hidung mak aku. Kalau boleh aku nak ada hidung macam beliau punya. Gilanya aku ni.

Aku juga agak berbangga kerana aku dapati ada beberapa persamaan dari segi personaliti dan stail antara kami berdua. Ehh, ada la. Tapi aku agak kagum dengan diri aku jugak, walaupun aku selalu juga buat perkara yang tidak disukai beliau mahupun mana-mana ibu di muka bumi ini di belakang beliau, aku tak pernah meninggikan suara kepada beliau. Aku ni jahat pun berpada-pada.

Yang paling penting, mak aku telah melahirkan kami tujuh beradik. Hebat kan tu? Tujuh kali kesakitan! Dan aku kesakitan yang ke-6.

Ehh. Terasa rindu pula dengan mak saya.

Friday, March 20, 2009

Motherhood Training

1. thisker (stickers)
2. Babiskal (basikal)
3. Utralman Max (ultraman Max)
4. Swimwim (swimming)
5. Bet ten (Ben 10)
6. Upin Ipin
7. Kak Ros (akula tu jadi Kak ros).
8. Ewoplane (aeroplane)
9. Emmm...sedapnye ayam goreng! (adaptasi Upin Ipin)
10. Batman

Sejak semalam aku kat rumah kakak aku, berapa lapan ratus kali aku dengar perkataan-perkataan di atas. Aku layan saje.


Terasa diri ini sangat kalut pagi tadi. siapkan breakfast, kerah suruh mandi, kemas tempat tidur dan kemas toys. Penat. Penat. Macam mana la aku taknak pikir lah hal beranak pinak ni dulu. Nanti la pikir. Lunch belum siapkan lagi. Takpe. bagilah acu kamu berehat dulu ye. Kamu main la dulu puas-puas.

Haih. Aku rindu rumah kat kampung halaman la. AKu rindu kucing-kucing aku. Khabarnya ada sekor kucing aku baru je deliver her babies. 6 ekor semuanya. Ish ish ish. Anak beliau baru je melahirkan 5 babies beberapa minggu lepas. Tapi adatlah anak kucing mati. Sekarang anak dia tinggal sekor je. Yang 6 yang baru ni taktau la apa cerita nanti. Sape nak anak kucing??? Dah banyak sangat ni. Ini baka baik punya. Aku pun tak tau la baka apa. Tapi bulu kembang, kaler grey + putih. Hyperactive. Bukan stock kucing-kucing malas tu



tu dia time zaman dia remaja dulu. sebelah tu kawan dia.

ini baka dia la ni. Oshin.


Ini pun Oshin kot. ke Dodi tah?
.


Eh. Tak boleh nak upload gambar pulak. Tak faham lah aku lappy ni.


Thursday, March 19, 2009

tafsir masa depan

Satu kejadian hari ini telah membuat aku berfikir. Eh, sebenarnya dah banyak kali jugak aku terfikir.

Situasi:
Anda memiliki karier yang agak berjaya. Anda sangat sibuk bekerja hingga larut malam. Anda perlu komited dengan kerja anda kerana ianya adalah sebuah firma swasta. Jadi, masa tidak sepatutnya dijadikan alasan jika anda bekerja di situ. Anda juga ada suami. Suami anda bekerja mengikut shiff. Anda juga ada dua orang anak yang berumur 3 dan 5 tahun. Disebabkan anda bekerja dan terpaksa berkorban mengikut kehendak dan tahap kesibukan di pejabat, anda selalu pulang lewat malam. Suami anda juga apa kurangnya, bekerja mengikut shiff kan. Di mana anda meletakkan anak-anak anda di siang hari? Baik, nasib baik ada nursery kan? Tapi sekarang ni kan cuti sekolah. Anak anda yang berumur 5 tahun kan sedang manikmati cuti sekolahnya? mestilah dia mahu bersuka ria di rumah. Tapi, dia terpaksa menghabiskan cuti sekolahnya di nursery sahaja sepanjang cuti sekolah. Tidak cukup lagi, mereka (kedua-dua anak) terpaksa menghabiskan masa di nursery bukan sampai tengahari, bukan sampai petang juga. Tapi sampai waktu mak habis kerja. Sampai lewat malam lah jawabnya. Kesian kan?

Hal ini buat aku terfikir untuk mengandung mempunyai anak nanti. Tidak kiralah dengan siapa aku berkahwim nanti, bakal ayahnya bekerja apa sekali pun; kalaulah aku ditakdirkan menjadi seorang ibu yang sibuk, yang bekerja mengikut masa yang tak menentu, apalah nasib anak-anak aku nanti. Takkan lah nak simpan kat nursery sampai lewat malam? Takkan la aku nak hantar balik rumah mak aku bila tiba time cuti sekolah (which is also quite a good idea). Aku bakal kesian dekat bakal anak-anak aku nanti. Mereka deserve their happy life as children. Mereka juga ingin meluangkan masa di rumah mereka sendiri.

Itulah yang akan aku buat. Tadi kakak aku yang no. 2 telefon aku. Katanya, beliau memerlukan aku untuk esok. Aku akan pergi ke rumah beliau mlm ini dan menghabiskan masa aku di sana hujung minggu ni. Aku dah batalkan temujanji aku dengan supervisor AE aku esok (suka-suki je. Macam bos pulak.) Jadi, anak-anak sedare aku tak perlulah lagi pergi ke nursery, sekurang-kurangnya untuk hari esok. Kesian kat kakak, tak pergi 'sekolah' tapi kene pergi 'school' (dia panggil nursery,' school'). Baik tak aku? I mean, untung tak kakak aku ada adik macam aku? Hah.

Dan, dapat juga aku keluar dari kepompong masalah hati rabak aku buat sementara waktu.

New environment always produce a new me! Selalunya la. Ikut GMT jugak.