Sunday, July 5, 2009

Sekarang di Tempat Baru!

Hello.
Saya sekarang telah pun selamat sampai di Seri Iskandar. Sementara keberadaan abang saya di sini, saya mengambil kesempatan untuk menggunakan broadband beliau untuk singgah ke alam siber ini. Hu hu (sebelum saya mampu membeli moden broadband sendiri atau dapat meminjam broadband si boyfriend).

So far, Seri Iskandar agak best. Bagi individu yang hidup secara sederhana, this is the right place la. Tadi, sejurus selamat sampai di bandar baru ini, kami makan kat Hentian Bas Seri Iskandar memandangkan itu sahaja tempat yang paling dekat. kemudian, kami singgah Pasaraya Halida untuk membeli sikit barang-berang keperluan. Kami pergi jugak kedai hardware (nama Sun ape tah) untuk menambah barang-barang rumah. Teka siapa yang paling teruja membeli belah di situ? Mak saya. Beliau memang suka pergi kedai-kedai barang rumah macam ni. Saya juga. Kakak saya pun rasa tempat ni ok. "Semua ada kat sini. Takyah pergi Ipoh la esok," katanya. Tapi saya nak pergi juga. Nak jalan-jalan sambil cari-cari barang seperti rak ke, selipar jepun ke. Oh, saya nak beli tilam!

Ternyata, saya tidaklah merasa begitu kerugian menolak tawaran INTEC. Sebab di Seri Iskandar, saya rasa saya akan dapat memiliki simpanan yang lebih dengan kos hidup yang agak rendah di sini. He he. Tapi untuk bulan pertama ni, sudah pasti lah kena belanja lebih untuk melengkapkan keperluan kan. Hurm.. InsyaAllah semuanya baik...(nak kumpul duit untuk sambung belajar, kemudian beli kereta, kemudian nak kawen okei. InsyaAllah) - sayang, you mesti suka part ni kan. Sayang, saya sayang kamu juga~. Sangat-sangat!

Isnin mula kerja. Nervous. Sangat-sangat jugak.
Oh, satu je lagi. Saya tak pasti adakah ini bakal menjadi pilihan tetap saya ataupun saya akan berhenti selepas satu semester dan menjadi guru sekolah?

5 comments:

Mohamad Nazmi Zaidi said...

welcome to my territory

Amir Syafiq said...

yeah.semua first day adalah nervous.

LeSScAkAp said...

yeah! welcome to perak the land of grace hehehhehe

have fun while u in perak k?
makan syiok!
tempat vakasi pun syiok!
shopping ok la hahahah tak syiok sangat tapi murah! ho yeah...

sigh nanti aku balik ipoh leh kita chillex same ateng gagagaga

Nurharith Afnizan said...

i lived there for erm, 5 years?

lots of memories there. haha

W. Suhailaliza W. M. H. said...

hoyyahoii!!
thank you all!!

mari mari peri seri iskandar!