Wednesday, September 30, 2009

Antara Miri dan Seri Iskandar~

...Eh. Antara Miri dan Seri Iskandar memang takde ape...tapi yang mungkin ada yang mana tak nampak dek mata kasar kita ialah gelombang frikuensi LAN dan WAN yang membolehkan kita berhubung sebegini rupa walaupun bernautika dan berbatu jauhnya kita.

Terima kasih kepada teknolgi yang ada yang memungkinkan kemustahilan.

Lihat, walaupun setelah beberapa kali mencuba, dapat jugak Olive dan Popeye bertemu mata di YM beserta Webcam.

Lihat di situ. Olive begitu gembira hingga hendak bergambar 'bersama' walaupun tidak lah bersama mana. Sang Popeye hanya mampu tersenyum gembira melihat perangai keanak-anakan Olive-nya.

Beliau masih lagi dengan posisi yang sama, yang masih tidak mampu mengikut instructions si Olive untuk bergambar bersama.

Nah. Akhirnya sang Popeye menunjukkan PEACE beliau kepada anda semua. Oh, terima kasih juga kepada Celcom Broadband berkuasa tinggi itu (yang berlampu biru dalam gambar) kerana telah merealisasikan impian mereka.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan Olive yang telah memberikan sokongan padu dan cadangan bernas mereka. :D

1 comment:

mInImOy said...

haha.

been there, felt that, done that. haha.