Thursday, January 22, 2009

hari ini dan seterusnya


gosh!!! hidup ini memang p*l*t, tapi esok masih ada...
(aku bukanlah pengikut cerita siri ini walaupun aku teringin nak tengok. tapi kami serumah selalu menggunakan perkataan yang dibalam-balamkan itu)



tapi ngape esok masih ada?? aku taknak esok, sebab esok kene hantar assignment. aku nak terus weekend je. (punyala pemalas aku ni).



itu lah yang aku rasa sekarang ini. dalam-dalam reluctance untuk menyiapkan assignments, siap jugak satu dan dah dihantar pun tadi. tinggal satu je lagi assignment yang ala-ala canggih iaitu courseware evaluation yang kene hantar esok. takpe, malam ni la aku tenyeh ye.


bukan apa, aku rasa macam terlalu awal je cuti pertengahan semester ni. aku belum pun lagi start enjin, dah cuti pulak. bak kata eapa, dia baru je tengah cari kunci kereta. (harap-harap kamu semua fahamlah metafora kami ini).


hurrmm.. malam ni aku rasa aku akan berjaya menyiapkan assignment courseware itu.

lagi satu, kebelakangan ini aku mengalami masalah tidur. dah dua tiga malam aku sukar untuk lena yang menyebabkan aku tak dapat bangun dengan yakinnya untuk ke kelas pada pukul 8.30. nampak macam teruk je aku ni selalu ponteng kelas pagi. tapi kawan-kawan, aku mengalami masalah tidur yang serius. ini stock takleh nak buka mata lah! jadi, tiap-tiap malam aku akan gelisah di atas tilam yang melendut tu. ataupun, kalau aku rajin, aku bangun makan atau minum milo sebab perut mesti la rasa lapar kan.

lompat.
esok aku ada temuduga yang aku rasa gemuruh. semalam lecturer aku baru je ajar satu teknik untuk mengelakkan rase gemuruh iaitu teknik 'bubble'. macam mana?? nanti aku ajarkan ok. sekarang aku macam ada kerja je ni. ok. wish me luck untuk esok ok. poyo je kot. perlu ke gemuruh? (aku seorang yang gemuruh, yang mana tulang pipi aku akan menegang. jadi, susah untuk aku melontarkan perkataan-perkataan yang harus dilontarkan).

3 comments:

LeSScAkAp said...

tukar tilam...

W. Suhailaliza W. M. H. said...

hahahaha! cis!

Falliq: tilam aku baru je tukar last sem la..aku kan berat, tambah ngan satu rumah pun suka duduk atas tilam aku.. hahahaha...

LeSScAkAp said...

oh, i forgot abt THAT fact... LOL