hurrmm..aku tak tau la ape masalah
dengan aku sekarang ni. serba serbi tak kena. aku selalu je nak marah-marah
akhir-akhir ni. kesian dekat mr. boyfriend sebab ada je yang tak kena
yang beliau buat pada mata aku (sebenarnya belaiu selalu je buat begitu tapi aku
macam tak hairan je). tapi dalam dua hari ni, memang aku tunjuk kemarahan aku
pada dia. kesian...kesian...malam tadi pulak, lagi teruk, aku gatal-gatal pergi
mintak 'time off' dengan dia melalui SMS (yang mana aku fikir itu
hanyalah 'poyo' sahaja). dia dah tidur waktu aku hantar SMS tu (pada hemat aku).
padahal kami tak perlukan 'time off'. tapi pagi tadi, aku terfikir,
elok juga bagi kami 'time off'. baru lah beliau tak selalu dimarah oleh
aku. tapi aku hanyalah 'poyo'. tengahari tadi, aku yang mula SMS beliau dulu
bertanyakan tentang ujian oralnya. 'poyo' kan aku. by the way, 'poyo' ni macam
mana sebenarnya?? apekah definisi 'poyo' yang sebenarnya?? aku pun tak
pasti. aku guna saja sesedap rasa dan sesedap ayat. 'poyo' kan aku????
lagi satu, aku hairan dengan kad bank
Islam aku. ia tidak dapat diproses bila aku menggunakan mesin ATM dalam fakulti
ni. baik bank Islam mahupun Maybank. hari tu, aku dah mengalami masalah yang
sama lalu aku berhajatlah untuk pergi ke bank Islam yang rupanye dah dipindahkan
dekat hotel Bluewave sana. hampeh betul nasib aku pada hari itu. tapi nasib baik
hati aku tergerak nak mencuba di mesin ATM bank simpanan nasional, dan ianya
elok-elok sahaja. jadi, aku fikir, kad aku dah ok sampai la waktu aku nak
mengeluarkan duit tadi, tak boleh pula. hampeh lagi.
lagi satu, aku juga
tak faham mengapa aku tidak menyertai teman-teman serumah aku bersuka ria di
Sunway Lagoon hari ini. mereka mempelawa tapi aku menolak dengan yakin sekali.
adakah sebab aku mengalami PMS? tidak, itu bukan hal sebenar. cuma, aku rasa
macam aku 'not in the mood' (kot melayu apa yea?) untuk bersuka ria. haiseh. ape
masalah aku sebenarnya???p.s: telefon aku dah
dapat menghantar dan memerima MMS. sangat seronok! hari-hari aku menggunakannya.
:))
7 comments:
ye... dah mula guna melayu nampaknya?
hehehehhe
tidak punya mood.
erm...
mmg poyo...
aku pun
poyo tu ape sbnarnye???
cakap kot melayu..baru puas...huhuhu
poyo tue sbnrnya singkatan bagi "Poseur Yoyo"...haha!! faham x?? aku pun x phm...hehe!!
ben: kan??? kita semua guna je..tapi tak paham yang sbearnye..guna ikut context je la kan...
menurut firasat aku kan elly, poyo tu senjata yg digunakan tentera viet kong satu mase dahulu. dan tentera amerika yg melihat kehebatan senjata itu kagum, lalu pulang ke negara asal beliau menggunakan senjata itu sebagai alat permainan moden yang bertali dan keras2 sikit. beliau berjaya menjual barang mainan tersebut dan mengkomersilkannya serata dunia. itulah firasat aku.
wah. masalah hormon tunggang terbalik-kah?
samalah kita. saya pun tak punya mood juga.
hadi: ye..itu aku dah baca lam buku sjarah tingkatan 3 dulu..
Jack: sama ke? PMS jugak ke?? hormon mungkin...
Post a Comment