and aku hampir terlupa pula. pizza hut nak keluarkan produk terbaru sekitar 18 haribulan ni kot. so yang Flavors of the World promotion tu bakal dihentikan dan diganti pula dengan pizza ala-ala mexico pulak. and ada jugak chinese rice, and ape tah lagi. tadi ada test products (sebenarnya aku termissed test product rasmi pagi tadi because takda orang inform pun). yang petang semalam ialah untuk staffs baru bagi cawangan kubang kerian (aku tak dapat pergi ke kubang kerian disebabkan tempoh bekerja yang sangat singkat). tapi aku kenen-kenen sikit dengan manager kubang kerian tadi, so dapatlah merasa sikit. hehehehe (ya, aku tau aku tak pemalu). yang pizza dia boleh la tahan, rase macam ada kick sikit. macam tomyam gitu. itu maybe mexican pizza kot. aku bukannya tau sangat nama-nama dia. aku ada baca dekat spec chart tadi tapi tak ingat pula. and ada juga pasta tadi. tapi tak sempat rasa. aku kan berdedikasi time kerja. hahahhaha!! :P
so, kepada sesiapa yang belum mencuba lagi FOTW pizza, silalah mencuba segera sebelum promosi dihentikan. sebab pizza tu boleh tahan jugak sedapnya.
sebenarnya product testing ni sangat penting. semua staffs mesti turut serta merasa-rasa product so that bila customer tanya mana yang sedap, ini rasa apa, kita tau nak jawab. bukan macam aku yang baru je join pizza ni. bila orang tanya pizza FOTW pedas ke tak, dengan yakinnye aku menjawab, "taaakkk!! tak pedas!" padahal aku taktau pun rasa dia macam mana pada time tu. tapi mengikut idea aku, italian food jarang yang pedas-pedas because orang Eropah mana tahan pedas. hehehe..tai Arabian Pilaf rice sedap. aku suka, jadi cubalah rasa nanti ek. dan, aku perasan, mat-mat salleh yang datang pizza hut tu, suka sangat order Royal Massala Chicken pizza. boleh dikatakan setiap order yang au ambik, mintak pizza tu. sedap lah kot. plus ia pedas, dan spicy jugak. itu yang depa suka kot. lagi satu, depa tak suka pan crust. depa mesti nak order stuffed crust. hari tu, stuffed crust habis, so bagi je lah pan crust. depa tak makan tepi-tepi tu, tinggal sahaja.
hurrmm...ilmu baruku...
No comments:
Post a Comment