Tuesday, June 16, 2009

Ibu Saya

Tadi aku urut/picit tangan mak aku, sapu-sapu minyak sikit. Maklumlah orang tua, tangan pun dah lenguh-lenguh kan. Masa aku khusyuk memicit-micit tangan mak aku tu, baru aku perasan yang warna kulit tangan kami sama (mak aku berkulit sawo matang). Kawan-kawan, janganlah bandingkan warna kulit tangan aku dengan muka aku yang agak sedikit gelap daripada anggota badan aku yang lain ye. Memang kulit muka aku dah agak 'ireng' dek terlalu aktif berko-kurikulum di sekolah dahulu dan alpa tentang penjagaannya. Kaki, tangan dan badanku lebih digemari warnanya. Berbalik kepada tangan kami. Warna dah sama, sawo matang (aku suka!), tapi tangan tua mak aku dah agak berkedut-kedut dan urat yang berwarna hijau pun berkelihatan. Tangan aku pun nampak urat juga, tapi kulit tak sebegitu, masih tegang dan lembut lagi. Kuku tua mak aku dah nampak sedikit keras berbanding kuku aku yang masih berkilat digilap dan cantik terbentuk. Aku picit dan picit, urut sikit-sikit sambil melumurkan minyak angin (aku memang dari kecil pandai mengurut, kata mak aku. Tapi bila dah besar ni malas pula. Jahatnye aku dah besar-besar ni). Setiap kali aku picit tangan mak aku, matlamat aku ialah supaya nanti jari jemari boleh diregangkan dan berbunyi detakan tulang jemarinya. Tapi kali ni kurang bunyi pulak.

Kesian, mak aku dah tua. Panggillah beliau Cik Yah ye. Nama beliau Shamsiah Muhamad. 'Shamsun' bermaksud matahari. Padanlah dengan peranan beliau dalam hidup aku sekeluarga. Rumah akan rase sunyi dan tak berseri kalau mak aku keluar out station ke waktu beliau bekerja dulu, keluar ke kedai ke, mahupun ke belakang rumah melawat nenek.

Mak aku seorang yang tabah. Pada aku, beliau boleh digelar 'Wonder Woman' atau 'Bionic Woman'. Beliau sangat hebat di mata aku. Aku agak berbangga sebab rupa aku ada sikit-sikit iras mak aku. Tapi mestilah mak aku lagi cantik dari aku. Maksud aku, ada dalam beberapa gambar aku, aku dapat tengok persamaan wajah kami dari sudut-sudut tertentu. Paling ketara ialah dari atas, di mana waktu itu ialah ketika kenduri khatam al-Quran. Gambar aku tunduk mengaji ada iras mak aku (lensa dari depan yang menampakkan batang hidung dan kening aku sahaja). Aku pun tak tau nak jelaskan dari sudut mana tapi aku tau aku ada iras beliau di situ. Aku suka hidung mak aku. Kalau boleh aku nak ada hidung macam beliau punya. Gilanya aku ni.

Aku juga agak berbangga kerana aku dapati ada beberapa persamaan dari segi personaliti dan stail antara kami berdua. Ehh, ada la. Tapi aku agak kagum dengan diri aku jugak, walaupun aku selalu juga buat perkara yang tidak disukai beliau mahupun mana-mana ibu di muka bumi ini di belakang beliau, aku tak pernah meninggikan suara kepada beliau. Aku ni jahat pun berpada-pada.

Yang paling penting, mak aku telah melahirkan kami tujuh beradik. Hebat kan tu? Tujuh kali kesakitan! Dan aku kesakitan yang ke-6.

Ehh. Terasa rindu pula dengan mak saya.

3 comments:

liisa said...

oohhh.. diam2 tere mengurut rupenye..

tp tym urut parents baruk kita rasa yg kita dah besa n parents kita makin tua nk.. sedeh ndah eh. hmm..

Mc Izzy said...

sayangilah ibu kita selagi masih ada.saya sayang ibu...!!

W. Suhailaliza W. M. H. said...

saya sayang ibu saya juga!!

huhu..terharu, terharu...
:|