Ya! Mari kita mulakan cuti sekolah dengan aktiviti yang menarik! Semalam saya pergi mandi pantai di Pantai Cahaya Bulan (PCB) bersama dengan anak saudara saya, kakak dan adik lelaki saya. Berikut adalah pautan daripada aktiviti kami...
Air laut sangatttt masin! Sepanjang pengalaman saya, air laut di sini boleh dikatakan sangat masin (masin gila!). Sekiranya di Teluk Cempedak, ianya tidak lah semasin ini. Perstiwa ini telah memberi idea kepada saya untuk menukar destinasi percutian saya kelak. Selalunya orang sukakan pantai untuk bersuka ria, bulan madu dan sebagainya. Tapi saya fikir saya lebih suka berkelah di air terjun. Lupakanlah pacat atau lintah buat sementara waktu.Yang penting, airnya tidak masin, dan segar pula. Tetapi, ketika berendam di dalam air, saya telah banyak berfikir. Saya merasakan satu kerugian kerana saya tidak pandai berenang. Adalah amat rugi. Bagaimana saya mahu ber'scuba diving' sekiranya mengapungkan diri pun masih belum mahir lagi? Oh, amat besar kerugiannya! Kalau saya bercuti ke pantai, jawabnya saya hanya mampu bermain volleyball pantai (agak terer la) dan..menjadi mangsa benaman pasir sahaja. Ok. Saya tak kisah.
3 comments:
aq suka gambar no dua.macam obor2 muncul dari dasar laut
hahaha! tq wahai izzat!
besau dan itamnye obor2.
ko leh tgk puas2 lam fb kan.
nk save pun bley. haha!
wehuu
Post a Comment