adehdeh! malasnye nak pergi kerja hari ni. hari ni masuk pukul 6 lagi, closing. orang kata, biasalah, baru lepas off day kan. tapi aku everytime nak pergi kerja pun malas je. isk! mungkin sebab hari hujan kot yang jadi malas tahap gaban gini. uniform tak iron lagi. huhu~pagi tadi, bangun dari tidur, terus je tengok tv (buruk perangai), cerita Anakku Sazali, tayangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. best pulak tengok citer lama-lama gini. kalau tak silap, hari-hari ada kot di Astro Prima. dalam cerita ni, bestnya dia dapat beli biola dengan harga 7 ringgit sahaja. kalau sekarang, rm7 dapat apa? makan lepas, oh, nak pusing Kuala Lumpur pun lepas je dangan menaiki Rapid KL. heheh. tapi gila murah la barang-barang zaman dulu kan. dalam cerita tu, aku suka lagu 'Istana Cinta' dan 'Bahasa Cinta'. Joget si Pinang Muda pun best juga.
Tiada kata secantik bahasaUntuk ku puji adindaTiada gambar secantik lukisanNak kutunjuk perasaanO dinda puspa gemalaMengharum jiwaHemm... HemmDinda puspa gemalaMestika kandaNamun musim berubahSuasana bertukarTapi ikatan mesraSikit pun takkan longgarTiada kata secantik bahasaUntuk kupuji adinda
Dengan cinta kubina istanaKau sentuh runtuk jadi pusaraCahaya hidupku jadi gerhanaBisa jiwa menanggung deritaKusemai benih kasih sejatiKupupuk dengan baja nan asliNgapa kau siram racun yang pedihKu tahui kini hanya rasa nan pedihKu mimpikan istana janjimuKu hias cantik dalam angan-anganSebab bencana datang menggangguKini hancur musnah istana impianlagu-lagu beliau tak semestinya memerlukan lirik yang panjang-panjang. tapi maksudnya sangatlah indah dan mendalam lagi bermakna kalau difahami yang tersiratnya kan.
tapi sayang kan? takda orang yang boleh menari, menyanyi, mengarah, berlakon, melawak, mengarang, bermain muzik seperti beliau. Allah lebih sayangkannya. mari lah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. moga rohnya dicucuri rahmat...
No comments:
Post a Comment