Wednesday, February 4, 2009

fruit trifle recipe..

okay people, i've told you guys about sharing this recipe kan..

here it is..

bahan-bahannye:
1 kek gulung (swiss roll)
1 tin fruit coctail
5 sudu besar tepung kastad
5 sudu besar gula (tapi jangan penuh sangat for every scoop tu)
2 cawan air
1 cawan susu cair
1packet crystal jelly yang clear (nak yang ada flavour pun boleh)

cara-caranye:

1. potong swiss roll macam kita nak makan tu. slice it. ketebalan ikut suka hati. susun dalam bekas yang kita nak hidang nanti. seeloknya bekas itu bekas kaca atau bekas yang transparent lah. so bila siap, nampak kecantikan layer dia. and bekas, janagn yang macam mangkuk. bagi dia staraight je dari atas ke bawah. baru la balance layer dia ok.

2. dalam periuk, gaulkan tepung kastad, gula, air and susu cair. gaul je bagi dia sebati dulu. letak atas dapur dengan api yang kecil sahaja ok. kacau, jangan tinggal-tinggal pegi tengok tv pulak. kacau sampai dia agak likat. sampai kastad tu masak la.

3. tuangkan kastad ke atas swiss roll yang telah disusun tadi. bagi jadik macam layer tu tutup la swiss roll tu. bila kastad tu sejuk, dia akan keras sendiri. kalau tak keras jugak, jawabnya masa buat kastad tadi terlebih air la. so agak-agakla air tu nanti ek.

4. bila kastad dah mengeras, tuangkan fruit coctail. tapi juice dia takyah amik takpe. amik buah dia je.
5.lepas tu, tuangkan crystal jelly yang dah diamasak mengikut arahan dari kotak dia. lepas tu sejukkan dalam peti sejuk. dia sedap dimakan time sejuk-sejuk. nak lagi best, masa makan, taruk ais krim atas dia. siap!!~

inila rupa dia lebih kurang. i used strawberry flavoured jelly cuz tak jumpa yang plain

senang saje kan. dalam masa 15- 2o minit pun bolah siap. i've tried it and my friends loike it! :)

selamat mencuba :)

No comments: