mari kita mulakan hari ini dengan cerita test counseling saya.
test berjalan dengan baik, walaupun ada dua tiga soalan yang dirembat sahaja tadi. tapi, overall, saya puas hati dengan usaha saya dan juga teman seperjuangan saya, Eapa kerana (esp. aku la), kerana kami takdela blur sangat masa test kami. sebab apa? sebabnya semalam dan pagi tadi kami belajar!
habis test, terus saya pergi ke pejabat pos untuk mengepos barang kepada sailorBoy. barang apa?? itu rahsia la. tapi punyala lama tunggu giliran di pejabat pos tu. ada la dalam satu jam. masa duk menunggu giliran tu, saya seronok je melihat orang yang memegang buku akun ASB atau TING! mereka. ya lah. mereka menyimpan. aku pun ada akaun ASB. tapi aku tak menyimpan pun. bayangkanlah dalam masa beberapa tahun lagi, berapa banyak mereka berjaya kumpulkan?? kalau sekali simpan dari duit gaji mereka dah RM 100- 200, tidakkah banyak pulangannya nanti??? hurmm... menabung ini penting. tapi saya telah berhenti menabung sejak tabugan syiling saya di'pow' oleh adik saya sedikit demi sedikit sampai beliau pun tidak merasa yang ebliau menge'pow'. alangkah baiknya adik saya itu tau.
baiklah, dengan ini, saya bernekad. ingin mencari semula buku akaun ASB saya (mungkin ada di kampung) dan mungkin akan mula menabung sedikit demi sedikit dari duit gaji (bakanl gaji) yang bakal diterima nanti apabila saya bekerja kelak. amin... by the way, saya mungkin akan mencuba nasib untuk menjadi guru. kelak saya akan mengisi borang 'posting' ok?
No comments:
Post a Comment