Its only quarter a day but I feel like breaking my leg and squeezing all my energy off!
Mari kita mulakan dari awal pagi.
Jam 7 lebih-lebih, mak aku call, beritahu pasal posting for tutor. Ye la, dah nak grad kan, so kene la cari masa depan. Sebenarnya, aku ada appointment dengan Supervisor AE aku, Pn. Nazeera Ahmed Bazari pada jam 9.30. Tapi memandangkan agak awal lagi untuk aku bangun, aku buat keputusan untuk lelapkan sikit lagi mata dalam 10 - 15 minit ke. Jadi aku tutup la kejap mata.
Aku bangun. Jam menunjukkan pukul 9.26 pagi!!!! Wahlauwei!! Ini mengundang masalah! Aku pun terus sms Puan Nazeera, "Salam Puan, can we meet at 10.30?". Sekurang-kurangnya bagilah masa untuk aku mandi, dan menseterika baju kurung (hari Jumaat kena pakai baju kurung), dan bersiap-siap. Aku baru nak bergegas bangun pergi mandi. Puan Nazeera telefon aku. Adoiii!! Kantoi la macam ni. Aku tak jawab. Aku lemaskan telefon aku bawah bantal. Hahaha tak profesionalnya aku! Tapi lepas tu, atas rasa tanggungjawab dalam kemamaian, aku pun telefon beliau semula dan mengaku yang aku terlambat bangun (comelnye, dah besar-besar macam ni pun boleh jadi kes macam ni). Beliau tak marah, tapi suruh aku letak aku punya proposal dalam mailbox beliau. Dan juga beliau sempat bagi lecture kat aku tentang betapa lambatnya ku berbanding orang lain dan tenatng macam-macam lagi yang aku kene buat nanti. Aku rasa, beliau juga agak lambat. Aku dengar seperti beliau tengah memandu sambil cakap telefon.
Ok. Ok. Itu fasa pertama yang aku berjaya lepasi.
Aku pun pergi mandi, tarik dari almari baju kurung merah yang dah lama aku tak pakai sebab kelas hanya ada pada hari tak rasmi sahaja (Selasa - Khamis). Aku seterika baju dan bla..bla..bla...
Hujan. Aku pakai selipar jepun saja. Tak kuasa nak basahkan gladiator mahupun crocs aku.
Aku pun keluar dari rumah. Tau tak? Manusia pertama yang aku nampak sejurus keluar daru rumah siapa?? Haha! Mestilah 'eyecandy' aku. Beliau tengah berjalan keluar dari fakulti. Tapi tidaklah aku mengejarnya untuk jadi terserempak atau berselisih kan. Aku abaikan saja sebab banyak lagi kerja penting aku nak kene buat. Aku pergi koperasi INTEC atau nama dia "INTEC Shoppe" untuk beli envelop. Wah, tau tak, koperasi tu charge printing lagi murah dari library mahupun tempat-tempat lain. RM 0.20 saje sekeping! "Ok lah, lepas ni aku nak datang print kat sini lah", aku cakap kat diri sendiri.
Aku pun pergi library untuk buat final touch up kat proposal aku ni. nk touch up dan tambah-tambah sikit la. Tapi alamak, macam lama je aku lepak library sebab susah nk cari research yang aku hendak mahupun jurnal ataupun artikel. Haiseh. Mesti Puan Nazeera hairan kenapa lambat sangat aku nak letak proposal ni dalam mailbox beliau. Hurm..ada lah dalam satu jam jugak kot aku ambik masa. Oh, aku terlupa pulak bawak aku punya appendices yang dah aku fotostat dua minggu lalu. Jadi, aku kene balik rumah la lepas ni.
memandangkan koperasi yang aku nak pergi print ni lagi dekat dengan library, aku pun bergegas la ke situ untuk dapatkan printing murah. Lajunya aku berjalan sampai terkelepet-kelepet selipar jepun aku bunyinya. Eh, bukan aku punya. Kawan serumah aku punya. Aku ingatkan pakai selipar jepun lagi cepat perjalanan aku. Kurang tepat rupanya teori itu. Tambah pulak dengan baju kurung yang agak besar ni. Leceh betul. Taktau la kenapa dia jadi besar. Aku mengecil ke? Takpelah, nasib baik kaler dia aku suka. Dan fabriknya juga. Ok. Aku pun sampai kat ko-op tu dengan semput dek berjalan laju tadi. Oh, tuhan....tau tak, printer kat situ ink habis!!!! Tapi tadi aku nampak ada orang print! Aku sangat kecewa. Dan mereflek kembali, "kalaulah aku print je kat library tadi." Aku pun beredar dengan kepenatan dan hati yang kecewa.
Aku jalan-laju-laju lagi nak balik rumah, ambik helaian appedices aku. Nasib baik rumah depan fakulti ni je. Dekat padestrian walk tu, ramai pulak orang berjalan. Aku ni kalau boleh nak berjalan dengan kelajuan cahaya. Aku tak peduli orang lain, aku redah je. Bukannya mereka berjalan lambat mana pun, walaupun ada yang melenggang kangkong. Tapi aku ni berkaki panjang, 1 langkah dah sama dengan 2 langkah orang yang kakinya kurang panjang. tambah pulak dengan fasa kelajuan yang maksima. Kiralah sendiri.
Ok. Aku sampai rumah, ambik apa yang patut. berjalan laju lagi ke fakulti. Aduh...perut aku lapar. Pedulikan. Aku pergi library lagi, panjat tangga library yang ALhamdulillah, aku tak pernah jatuh algi setakat ni (i'm an accident prone). Print semua kerja. habis rm 7.50 aku! Setakat ni, aku dah ada 5 copies of research proposal kot. Huhuhu..abaikan..abaikan..nama lagi nak grad kan. Dah siap print semua, aku pergi lah kat blok T, pejabat Puan Nazeera. nasib baik pejabat dia belakang library je. Sampai sana, panjat tangga lagi. Aku tinggalkan proposal aku dalam mailbox beliau dan kembali ke library.
Ini. Aku dah sampai sini, dekat PC kegemaran aku, A44. Sekarang aku nk tambah-tambah sikit lagi idea dan aktiviti dekat WWW Lesson Plan aku. Aku dah siap, tapi time mandi pagi tadi dapat idea baru pulak. He he...
* bestnye hari korang-korang yang keluar having fun!
Oooh. Panjang pulak entri aku kali ni!
No comments:
Post a Comment