Monday, March 30, 2009

Permainan Bermusim

Baru aku terfikir kenapa tiba-tiba je anak-anak buah aku seronok sangat main badminton, atau kata mereka, ‘babishten’ sejak akhir-akhir ni. Minggu yang aku jadi baby sitter mereka hari tu, masa aku bawak mereka bermain di taman, boleh dikatakan semua budak-budak ada raket dan shuttle cock sendiri. Atau nama melayunya, bulu tangkis.

Rupa-rupanya sekarang tengah India Open Badminton. Kalau aku pergi makan kat mamak je la aku sempat tengok siaran live kat tv. Tapi aku memang kagum dengan Lee Wan Wah dan Choong Tan Fook malam tadi. Mereka memang sangat tangkas dan hebat bermain mengalahkan pasukan China. Sekelip mata saja dah menang.

Tapi, teringat pulak aku zaman sekolah dulu dimana aku merupakan antara yang pandai main badminton. Ini bukan puji diri sendiri tau. Tapi ada seorang jaguh badminton sekolah tu puji cara aku bermain untuk rumah sukan hari tu. Hehe. Tapi point aku ialah, aku ingat lagi time sekolah dulu, cikgu yang buat aku tahu tentang peraturan-peraturan dalam permainan badminton ini. Aku tau kalau single, ‘out’ dia macam mana, double macam mana. Nama dia cikgu Nazman. Disebabkan beliau, aku tau banyak rules berbanding pelajar perempuan lain. Kadang-kadang, beliau suruh aku jadi pengadil. Dan disebabkan beliau juga, aku tau la sikit sebanyak teknik-teknik bermain badminton walaupun aku sebenarnya main rembat sahaja. Tapi ‘macam hebat pulak’ kata jaguh badminton sekolah tu. Hehe. Jom, siapa nak lawan badminton dengan aku?

Tapi, ingat tak zaman kita kecik-kecik dulu? Boleh dikatakan semua permainan mengikut musim kan? Main guli, gasing, laying-layang, rounders, dan macam-macam lagi. Kalau kat sekolah, bila musim layang-layang, masa itu la tiba-tiba cikgu pendidikan seni ajar cara membuat laying-layang. Kita bawak surat khabar la, lidi la, buluh la, selotep la. Kan? Bila petang, semua orang nak main laying-layang. Bila tengok layang-layang orang tu hebat daripada kita punya, kita mintak ayah belikan layang-layang yang warna warni dan lagi besar. Padahal nanti ayah kita jugak yang terbangkan sebab kita tak pandai main pun. Buat rosak layang-layang je lagi ada.

Dulu, aku membesar di berek polis. Jadi ramai la kawan-kawan. Kami main dekat padang dalam kawasan berek tu. Jadi agak selamat la.

Bila musim guli, tiba-tiba je kedai-kedai runcit jual guli yang bermacam-macam warna, jenis dan saiz. Hari-hari nak beli guli. Main tikam telur pun ada hadiah guli. Bila guli sumbing sikit, kita taknak dah. Macam abang aku, bila guli dia sumbing atau pecah je, yang tu lah dia bagi kat aku. Pulak, mereka percaya yang guli yang berwarna hitam berkilat tu lagi power dari guli yang warna-warna. Apekah?

Bila musim gasing, masing-masing nak ada satu gasing. Siap asah-asah lagi paku gasing tu, nak pangkah gasing orang lain (abang aku la tu). Dekat tangan, sentiasa je ada gasing yang dah siap dililit, dengan penutup botol terselit dekat jari.

Bila musim rounders, asal petang je, pukul 5, panggil kawan-kawan, berebut gang. Masing-masing nak ahli yang paling hebat dan yang lari paling laju. Ada juga yang siap buat kayu rounders sendiri. Siapa yang ada bola tennis tu, dia la yang paling berkuasa. Berani kau cari pasal dengan orang yang ada bola tennis, jawabnya tak main rounders la kau hari tu, “itu bola saya~ . taknak main lah macam ni.”- kalau macam tu, jawabnya korang main rounders takda bola la. Macam aku, aku takda kayu sendiri tapi aku ada bola tennis. Hahahaha! Tak, aku tak sekejam tu.

Masing-masing ada pengalaman permainan sendiri masa kecik-kecik dulu kan? Macam aku, permainan aku adalah permainan-permainan yang macam di atas tadi, main cap duduk, konda-kondi, galah panjang, carom, tangkap berudu, tangkap anak katak, tangkap semut hitam (terima kasih kepada abang aku yang bawak aku main semua benda ni); main gelongsor kotak dekat bukit (kalau hujan, kat tangga pun jadi. Sampai sakit-sakit punggung), main pondok-pondok (aku jadi ayah atau abang atau adik lelaki) dan lumba basikal sampai jatuh terkopek kulit sampai nampak isi. Ganas jugak aku dulu-dulu. Comot, takyah cakapla kan.

Pernah sekali, masa umur aku 5 tahun aku ada kawan baru. Suziela namanya. Dia sangat pemalu. Aku ni memang dari kecik lagi jenis yang suka berkawan. Suziela ni budak baru pindah dari KL (dulu aku duduk kat Mentakab, Pahang). Jadi aku je la yang sudi berkawan dengan dia. Eh, panjang pulak cerita. Point aku ialah, aku pernah pergi rumah dia lepas sekolah tadika untuk bermain. Dia ada banyak anak patung Barbie. Patung kertas pun ada. Ingat tak patung kertas? Yang kita boleh pakaikan baju-baju cantik yang kita kepilkan baju dia atas badan dia tu? Patung kertas ni aku pandai main lagi. Tapi dulu, aku main Barbie dia, aku pergi mandikan Barbie tu, dan potong rambut Barbie dia. Mana lah aku tau. Aku tak pernah pun ada Barbie! Suziela tak marah aku, tapi ayah dia macam kecewa. Lepas pada tu, aku dah tak pergi main kat rumah dia lagi dah. Bo~ring! Hehe.

Rindu zaman kanak-kanak dulu. Tambah-tambah lagi sekarang ni, kita dah meningkat dewasa. Macam banyak je benda nak kena fikir sendiri. Tak dapat nak main-main lagi!

No comments: